Jumaat, 6 Disember 2013

Bergedil daging

Assalammualaikum..
bergedil nie buat 2minggu sudah sebenarnya..teringin nak makan soto dgn bergedil jadi kita buat ler untuk melepaskan hajat di hati...resepi bergedil nie memang ikut selera sendiri..sebab kalo google byk jer versi2 cara nak buat bergedil nie...tapi nie buat ikut versi bahan ape jer yang ada kat peti ais..hehehe

Bahan-bahan

10 biji ubi kentang
daging cincang (saya guna jenama ramly yg ade 2 keping tu tapi saya guna sekeping jer)
sebiji bawang besar holland dipotong dadu
daun sup diracik halus
sebiji telur ayam  digunakan semasa mengoreng untuk celur bergedil yg siap dibentuk 
lada hitam kisar
garam

Cara -cara membuatnya
  1. kupas kentang potong baji...cuci serta tos kan
  2. goreng kentang kekuningan dan hingga empuk..
  3. kemudian kentang yang digoreng tadi ditumbuk mengunakan lesung sedikit demi sedikit.
  4. masukkan kentang yg di tumbuk tadi kedalam besen 
  5. daging cincang dibasuh dan ditos,perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian masak tanpa minyak dalam kuali..masak bersama bawang yang dipotong dadu sehingga air daging kering dan bawang layu.
  6. kemudian masukkan daging yang telah masak tadi kedalam besen berisi kentang yg ditumbuk tadi serta daun sup yang diracik halus.
  7. gaul sebati semua bahan dalam besen tadi dan kepal kepal doh kentang kecil2
  8. panaskan minyak yang byk dalam kuali.
  9. pukul telur kemudian ambil doh kentang yg dikepal kecil celur masuk kedalam telur kemudian terus masukkan kedalam minyak panas .Goreng sehingga kekuningan..dan toskan minyak


hah saya guna sekeping nie daging cincang..gambar diambil dari blog cahayakeagungan..

bergedil daging yg siap untuk dimakan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...