Biasa tapai akan dimakan begitu jerkan?kali nie saya goreng dalam bancuhan tepung beras..saya buat macam nak goreng pisang..biasanya tapai ubi lar yang digunakan untuk digoreng..tapai pulut tak pernah pulak saya dengar orang goreng..mak saya biasa goreng tapai ubi nie sebab tapai ubi tak berapa digemari adik beradik berbanding tapai pulut...Selalunya kalau tapai ubi nie bila digoreng baru lar habis..hehehe...hari tu saya ke pasar raya Zeamart Bandar enstek..Nampak pulak tapai ubi terus beli...dah lama tak makan tapai ubi goreng...nasib tapai ubi nie manis...semangkuk kecil beli saya sorang jer yang pulun makan....hehehe..
Resepi : Tapai ubi goreng
Bahan-bahan
Tapai ubi
Tepung beras
1sk air kapur makan
secubit garam
secubit gula
setitik pewarna kuning
air
Minyak
Cara-cara
- Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam besen,bancuh dengan air sebati.Jgn bancuh terlalu pekat atau terlalu cair.
- Panaskan minyak dalam kuali, celup satu persatu tapai ubi kedalam bancuhan tepung.goreng sehingga kekuningan.Toskan minyak sedia untuk dimakan.
Tapai ubi goreng |
ade cempedak mak bagi jadi sekali harung kita gorengkan |