Rabu, 11 Disember 2013

Serawa Durian aka Pengat Durian

Assalamualaikum

Sekarangkan musim hujan kan?!tapi musim buah-buahan jugakkan?!
Kalau jalan ke arah pekan lama sepang banyak jer gerai - gerai jual buah-buahan terutamanya rambutan dan durian....syurgaaaaaaa...kalau jalan ke arah jalan bangi lama pon sama banyak jer gerai jual durian tepi jalan.....hari tu suami bawak balik 3biji durian beli kat dengkil..tapi saying dari 3 biji sebiji jer yang betul-betul sedap dimakan..yang lagi 2biji tak sedap tawar n isi keras..:(
sebab kecewa dan takmo membazir kita serawakan durian tu...makan dengan roti jala,pulut atau roti pon yummssss..kene pulak waktu hujan sejuk camni...mabelesss..


Resepi : Serawa Durian aka Pengat Durian

Bahan-bahan

buah durian
daun pandan
gula merah (sesedap rasa)
santan
secubit garam


Cara-cara
  1. Dalam periuk satukan kesemua bahan-bahan.
  2. Masak diatas dapur sambil sesekali kacau  sehingga mendidih.
  3. Siap sedia dimakan begitu sahaja atau makan dengan pulut,roti atau roti jala..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan