Selasa, 24 Disember 2013

Sosej roll bersalut oat

Assalammualaikum

Sejuk yer hari nie..Sepang hujan dari pagi...matahari tak berapa nak ada sepanjang hari...pokok pangkalnya hari nie sejuk dan dinginnn..hehehe..hari nie nak up resepi breakfast ahad yang lalu....nie ikutkan hati nak buat chicken wrap tapi memandangkan ade roti buku yang masih blom abis baiklah kita perabihkan sebab tarikh luput yer pon keesokkan hari..supaya tak membazir saya buat Sosej roll bersalut oat..mudah dan yang pasti anak-anak saya amat mengemarinya..selamat sudah kita dari pembaziran..:)


Resepi : Sosej roll bersalut oat

Bahan-bahan

roti buku
sosej ayam
telor
oat
minyak untuk mengoreng
garam

cara-cara membuat
  1. rebus sosej ayam hingga masak,angkat dan toskan
  2. ambil sekeping roti lenyek bagi leper,kemudian ambil sosej yang sudah ditos kering gulungkan bersama roti.tekan2 supaya roti melekat.buat lah sebanyak yang kita mahu.
  3. pecahkan telor dalam mangkuk dan pukul sebati bersama sedikit garam
  4. panaskan minyak yang banyak didalam kuali...ambil sosej yang sudah diroll dengan roti,celup dalam telor dan golekkan keatas oat kemudian masukkan kedalam kuali.goreng sekejap sehingga kekuningan..siap angkat dan tos minyak.
  5. Enak dimakan bila dicicah bersama sos cili



sosej roll dah siap digoreng

sedapp n rangupp

makan cicah sos nyummssssss..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...