Isnin, 16 Disember 2013

Kari Ikan Ayam

Assalammualaikum,
Jumaat lepas waktu rehat tengahari saya ke pasaraya Zeamart di Bandar Enstek...rehat yang panjang jadi bole lar ke pasaraya memandangkan peti ais pon dah kosong dengan barang basah jadi baik saya gunakan masa rehat nie membeli belah lauk basah untuk rumah.Antara ikan yang dibeli adalah ikan ayam....pernah dengar nama ikan ayam tak?saya tak tau macam mana ikan nie bole dapat nama ikan ayam tapi rasa ikan nie memang mcm rasa ayam:)..ikan nie tak bersisik tapi kulit luar badan ikan ayam nie keras dan tebal..jadi kalau nak masak macam untuk digulai memang kena siang dengan cara siat kulit luarnya..kalau dibakar takde masalah la memang bole dibakar begitu dan tak yah takut terhangit sebab kulit ikan ayam memang tebal.
Semalam saya masak kari ikan ayam nie dengan mengunakan resepi dari blogger fames cik mat gebu..

ikan ayam..kulit ikan nie keras jadi untuk menyiang ikan ini..kene siat kulitnya..

Rupa ikan ayam yang sudah disiat kulitnya agak ngeri kan?!
tapi rasa ikan ini tidak dinafikan sangat sedap...isinya pejal dan tidak mudah hancur


Resepi: Kari Ikan Ayam
 
Sumber : blogger Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan ayam (kurang lebih 800+ gram), disiang dan potong, cuci bersih dan toskan
1 biji terung biru, belah 2, potong serong dan rendam
12 batang bendi, cuci dan toskan
1 biji tomato saiz besar, belah 6
3 camca besar penuh rempah kari ikan (Baba's)
2 camca besar cili kisar
1/4 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh penuh halba campur

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili kisar garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga rempah garing dan terbit minyak, kekalkan dengan api sederhan. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.
  3. Tambah terung (toskan) dan bendi, bila sayur lembut sedikit, tuang pati santan, kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

kari ikan ayam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan