Isnin, 9 Disember 2013

Homemade pizza dan mushroom soup mudah..yummsss

Assalamualaikum
Semalam petang tunaikan hajat hero yang demam..nak makan pizza dengan mushroom soup..tgk peti ais ade jejari ketam jer..buka laci almari dapur ade nenas tin,tuna so pikir oklah takat nak buat pizza bodo-bodo jer hehehe..hmm tapi mushroom soup tin takde so p peti ais lagi korek2 kat bahagian sayur ade cendawan tiram n cendawan butang baki buat sayur campur...oklah meh kita gunakan bahan2 yg ada untuk tunaikan hajat hero mama yang demam..:)


Homemade pizza

Sumber resepi : Azie Kitchen

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan air suam
2sk yis mauripan
secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
  1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
  3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
  4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
  5. Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
  6. Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.
  7. Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
  8. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
P/s : kalo nak lebih detail singgah ke blog kak Azie Kitchen, dlm blog dia ade gambar setiap step.

Doh baru nak mengembang

kali nie buat mini pizza..doh nie canai bulat kecik2 dan bakar setengah masak sebab byk dapat saya frozenkan sikit next time tinggal bubuh perencah pizza cepat kerja :)

belum dibakar ..guna mozzarella dan keju cheesedale

da siap bakar

close up sket..hihihi


 

Ok settle pizza nie pulak resepi homemade mushroom soup..resepi nie dapat dari kawan-kawan group wassap..sebab bahan yang saya ada limited so kene cari resepi yg paling mudah dan senang..tq pada kawan ku Emi Haniza...
 
Homemade Mushroom Soup Mudah dan Senang.
 
Sumber : Pn.Emi Haniza (teman belajar di JMTi)
 
Bahan-bahan
 
1 labu bawang putih (kalo tak suka banyak bole kurangkan cincang halus)
Cendawan (ape2 sahaja jenis kalo lagi baik campurkan pelbagai cendawan)
Susu segar (takde kat umah ganti dengan susu tepung bancug 4 sudu besar dengan segelas air suam)
1sb tepung gandum
 sebiji Kiub ayam
lada hitam kisar (optional)
Butter/Majerin
 
Cara-cara
  1. Potong cendawan nipis2..saya guna cendawan tiram n butang jadi yang cendawan tiram saya carik kasar dan cendawan butang potong dadu
  2. Tumis bawang putih cincang dan cendawan dengan sedikit butter sehingga layu.
  3. Angkat dan blendkan bawang putih dan cendawan tadi..(saya bahagi dua separuh blend halus separuh saya biarkan supaya bila makan sup nanti terasa cendawan kasar)
  4. Kemudian panaskan lagi butter dan masukkan tepung sikit demi sedikit,kacau dan masak sampai brownish.
  5. Masukkan susu dan kiub ayam.
  6. Kemudian masukkan cendawan yang di blend halus tadi kacau rata...perasakan garam dan taburkan sedikit lada hitam kisar jika suka.Ok siap dihidang bersama pizza atau roti.

sup cendawan

inilah hero yang demam..

hirup sup cendawan



panas tu dik..

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...