Selasa, 17 Disember 2013

Shepherd Pie Daging Mudah


Assalammualaikum,
 
Shepherd Pie nie buat dah lama sangat, nie gara-gara teringin nak makan shepherd pie..kalo beli kat SR mak oiii harga yer bole tahan...hehehe..kalo buat sendiri puas sikit bila makan..(dasar buruk lantak hehehe)
Untuk resepi shepherd pie nie saya buat ikut citarasa sendiri dan mengikut ape bahan yang ada dalam peti ais...
 
 
Resepi : Shepherd Pie Daging
 
 
1kg Kentang
 2sb Susu segar
1sb butter
mix herbs (optional takde pon takpe)
mozzarella cheese (optional)
 
Daging cincang
bawang besar Holland (dipotong dadu)
sos tiram
lada hitam (ditumbuk kasar)
kicap manis
cendawan butang (saya guna yang dalam tin)Potong kecil
garam
 
Cara-cara
 
  1. Kupas kentang , rebus sehingga empuk.
  2. Kemudian toskan kentang yang direbus,lenyek dalam bekas sehingga hancur
  3. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit kedalam kentang yang dilenyek tadi..masukkan juga butter serta mixed herbs serta gaul sebati.Siap ketepikan seketika...
  4. Panaskan kuali,tumis bawang besar sehingga layu kekuningan.
  5. Masukkan sos tiram,lada hitam,kicap manis serta daging.Masak sehingga pecah minyak
  6. Masukkan pula cendawan masak seketika serta perasakan dengan garam.Siap
  7. Dalam Loyang yang lain,lapiskan dengan kentang yang telah diadun tadi..ratakan untuk jadikan base.
  8. Kemudian tuang inti daging yang sudah siap dimasak keatas kentang yang diratakan dalam loyang tadi.ratakan inti daging.
  9. Kemudian tutup kembali inti daging dengan kentang adunan.ratakan
  10. Taburkan mozzarella cheese sebagai pengakhir lapisan sekiranya mahu atau bole sahaja terus dibakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 10-15 minit
  11. Sedia dihidang..
 


belum dibakar

lepas dibakar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...