Isnin, 30 Disember 2013

Tapai ubi goreng

Assalammualaikum

Biasa tapai akan dimakan begitu jerkan?kali nie saya goreng dalam bancuhan tepung beras..saya buat macam nak goreng pisang..biasanya tapai ubi lar yang digunakan untuk digoreng..tapai pulut tak pernah pulak saya dengar orang goreng..mak saya biasa goreng tapai ubi nie sebab tapai ubi tak berapa digemari adik beradik berbanding tapai pulut...Selalunya kalau tapai ubi nie bila digoreng baru lar habis..hehehe...hari tu saya ke pasar raya Zeamart Bandar enstek..Nampak pulak tapai ubi terus beli...dah lama tak makan tapai ubi goreng...nasib tapai ubi nie manis...semangkuk kecil beli saya sorang jer yang pulun makan....hehehe..


Resepi : Tapai ubi goreng

Bahan-bahan

Tapai ubi
Tepung beras
1sk air kapur makan
secubit garam
secubit gula
 setitik pewarna kuning
air
Minyak

Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam besen,bancuh dengan air sebati.Jgn bancuh terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, celup satu persatu tapai ubi kedalam bancuhan tepung.goreng sehingga kekuningan.Toskan minyak sedia untuk dimakan.





Tapai ubi goreng

ade cempedak mak bagi jadi sekali harung kita gorengkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...