Jumaat, 13 Disember 2013

Jalan-jalan Akuaria KLCC

Assalammualaikum..
Seperti yang dah dirancang nk bawa anak-anak berjalan disebabkan cuaca yang tak berapa mengizinkan jadi kami bawa anak-anak berseronok di Akuaria Klcc..dan dorang memang happy ke aquaria klcc sbb tak abis-abis bercerita pasal ikan shark n kekaguman dorang tgk penyelam bagi makan ikan-ikan besar dalam aquarium...hehehe..seronok tgk anak-anak happy..walaupun penat dgn karenah masing-masing yang ada ketikanya buat hal tapi hati puas dapat mengembirakan mereka.....inshaAllah ada rezeki lebih akan bawa anak-anak bercuti jauh..kami sekeluarga sampai klcc dalam pukul 1230tghri...da lama sungguh saya dan suami tak menjejakkan kaki kesini...anak-anak apetah lagi memang ini kali pertama untuk mereka..byk yang dah berubah..yerla rasa yer zaman belum kawen kot saya dan suami kerap kesini..itu pon sebab dating tgk wayang di level 4..hehehe..bila sudah beranak pinak agenda menonton wayang memang tidak wujud dalam kamus kehidupan rumahtangga kami..hehehehe bosan kan?!keseronokkan kami hanya pada keseronokkan anak-anak..mungkin satu masa nanti bila anniversary kot perlu ada agenda dating berdua menonton wayang..hehehehe:)
Entry tanpa gambar tak best jom layan gambar...hehehehe
 
Kami beli siap-siap tiket di groupon dpt murah dr di kaunter..:)

Kusyuk tgk ikan..hehehe entah ape yang ditenung

                          Myhero :)
Delisha lena dari mula masuk akuaria.:)


Tgk tu masih lagi lena diulit mimpi walaupon kami baru selesai keluar dari terowong akuarium...

Suasana dalam terowong akuarium

Kali ke2 masuk terowong sebab delisha baru bangun tdo;)

Ketakutan budak kecik nie..hehehe

Feeding show tak ingat kt akuarium ikan ape..

Darwisy sempat posing dengan penyelam..hehehe sporting penyelam tu




Rabu, 11 Disember 2013

Serawa Durian aka Pengat Durian

Assalamualaikum

Sekarangkan musim hujan kan?!tapi musim buah-buahan jugakkan?!
Kalau jalan ke arah pekan lama sepang banyak jer gerai - gerai jual buah-buahan terutamanya rambutan dan durian....syurgaaaaaaa...kalau jalan ke arah jalan bangi lama pon sama banyak jer gerai jual durian tepi jalan.....hari tu suami bawak balik 3biji durian beli kat dengkil..tapi saying dari 3 biji sebiji jer yang betul-betul sedap dimakan..yang lagi 2biji tak sedap tawar n isi keras..:(
sebab kecewa dan takmo membazir kita serawakan durian tu...makan dengan roti jala,pulut atau roti pon yummssss..kene pulak waktu hujan sejuk camni...mabelesss..


Resepi : Serawa Durian aka Pengat Durian

Bahan-bahan

buah durian
daun pandan
gula merah (sesedap rasa)
santan
secubit garam


Cara-cara
  1. Dalam periuk satukan kesemua bahan-bahan.
  2. Masak diatas dapur sambil sesekali kacau  sehingga mendidih.
  3. Siap sedia dimakan begitu sahaja atau makan dengan pulut,roti atau roti jala..



Kerja ke?!

Assalammualaikum..


Hai..hoorey2..hihihi seronokkan hr nie public holiday bagi yang bekerja di negeri Selangor....sila abaikan kalender yg ade tulisan off rest pagi malam tu... Hihihi ini la nasib kalo suami bekerja shif sentiasa menghitung hari untuk dapat cuti bersama..huhuhu
So hari nie kebetulan suami pun offday dan esok restday yer..saya awal2 da amik al utk esok..cadang yer hari nie nak bawak anak2 berjalan2 dan bercuti makan angin tapi disebabkan keadaan cuaca skrg yg tidak menggalakkn suami cadangkan untuk bawak anak2 aktiviti indoor...hmmm inshaAllah aktiviti hari ini akan mengembirakan anak2 dan semua mengikut perancangan..k bye jom jalan jalan!!!

Selasa, 10 Disember 2013

Big Bad Wolf Book Sales 2013

Assalammualaikum..
Malam kelmarin menggila beli buku kat miecc serdang..sales gile2 buku kt pameran nie...setiap tahun kot ada kalau tak silap..tahun nie pameran bermula dr 6Dec sampai15Dec 2013 dan masa jualan adalah 24jam tanpa henti..so mmg tak yah la nak tergesa2 sebab time non peak hour pon bole pegi..ada kawan yg pegi kul 3 pagi balik sampai ke subuh semata-mata ke pameran nie..hahahaha..
Saya pegi bawak anak-anak so takdelah buat keje nak pegi pepagi buta..asalnya nak pegi hari sabtu sebab danish demam jadi abahnya cancelkan..tp sebab sudah berjanji dengan bebudak  mesti lar ade yg menuntut.. Hehehehe..jadi malam semalam abahnya tunaikan janji bawak ke Miecc The Mines..gerak dari rumah dalam pukul 8.30malam sampai sana lebih kurang pukul 9malam..masa sampai nak parking bole tahan jem yer..tapi alhamdulillah senang plak dapat parking malam tu..ramai yg bawak beg tarik ke pameran nie..memula pelik jugak.. eh dah kenape ramai yg bawak beg tarik nie?! Bila da masuk dewan pameran baru paham hahahaha senang bila bawak beg tarik nie senang nak sumbat buku yg nak dibeli sambil berjalan lagi mencari buku lain.. Kawasan dewan mmg luas giler..dan buku yg dihimpunkan adalah dimaklumkan oleh dj pameran adalah lebih kurang 3 juta buku pelbagai jenis dan variasi.. Wow 3juta!!!
Masuk ke dewan pameran bermula lar misi mencari buku..saya n suami tak keliling pon ke bahagian lain mmg terus tuju ke bahagian kanak-kanak..Danish da merengek2 nak cari buku Thomas n Friends yg si Darwisy pulak kecoh nak buku Dinosour.. Huhuhu alahai la anak..layankan jer.
Puas membelek buku-buku yang dorang nak terus ke kaunter bayaran..hasil borongan malam tu adalah sebanyak 28buah buku hanya 2 buah jer buku untuk mama yer selebihnya buku anak-anak.Rasa yer sangat berbaloi dengan harga yang dibayar sebab jika dibandingkan kalau beli di book store mmg tak dapat harga yg kami bayar malam tu..😉
Baki cuti sekolah nie adalah aktiviti anak-anak kat rumah selain main mainan dorang dgn melayan ipad dan tab..sebab ade byk buku colour dan kerja yang dah dibeli.Lagi pon lepas nie abah yer dah masuk shif malam so memang takkan berjalan kemana-mana.

Ke ruang masuk parking



Hasil borongan

Burger Malaysia aka Pau Goreng

Assalammualaikum



Burger Malaysia aka Pau Goreng

sumber : 
 resepi mak

Bahana-bahannya : )
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
2 sb mentega cair
1 sb gula
1/4 sk garam.

Cara-caranya : )

  • campurkan yis, gula dan air suam kacau rata kemudian biarkan seketika. masukkan mentega cair.
  • gaulkan tepung dan garam. 
  • kemuadian masukkan air yis tadi kedalam tepung
  • uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
  • biarkan doh 30 minit..kemuadian tumbuk2 sedikit.
  • bulat2kan dan tekap menggunakan muka gelas untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  • biarkan seketika dalam masa 15minit..bila kita angkat, doh tu ringan je..
  • boleh di goreng dengan api yang perlahan..sentiasa di balik2 kan untuk mendapatkan warna kuih yang sekata dan cantik.
  • apabila sudah kuning angkat dan toskan
  • belah kuih di tengah2 tapi jangan putus. letak inti sambal ikan bilis atau sambal sardine serta timun..siap untuk dimakan..:)
P/s: Doh yang sama juga bole dibuat donut ...separuh tu buat donat untuk anak anak:)



Burger Malaysia aka Pau goreng



Isnin, 9 Disember 2013

Homemade pizza dan mushroom soup mudah..yummsss

Assalamualaikum
Semalam petang tunaikan hajat hero yang demam..nak makan pizza dengan mushroom soup..tgk peti ais ade jejari ketam jer..buka laci almari dapur ade nenas tin,tuna so pikir oklah takat nak buat pizza bodo-bodo jer hehehe..hmm tapi mushroom soup tin takde so p peti ais lagi korek2 kat bahagian sayur ade cendawan tiram n cendawan butang baki buat sayur campur...oklah meh kita gunakan bahan2 yg ada untuk tunaikan hajat hero mama yang demam..:)


Homemade pizza

Sumber resepi : Azie Kitchen

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan air suam
2sk yis mauripan
secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
  1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
  3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
  4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
  5. Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
  6. Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.
  7. Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
  8. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
P/s : kalo nak lebih detail singgah ke blog kak Azie Kitchen, dlm blog dia ade gambar setiap step.

Doh baru nak mengembang

kali nie buat mini pizza..doh nie canai bulat kecik2 dan bakar setengah masak sebab byk dapat saya frozenkan sikit next time tinggal bubuh perencah pizza cepat kerja :)

belum dibakar ..guna mozzarella dan keju cheesedale

da siap bakar

close up sket..hihihi


 

Ok settle pizza nie pulak resepi homemade mushroom soup..resepi nie dapat dari kawan-kawan group wassap..sebab bahan yang saya ada limited so kene cari resepi yg paling mudah dan senang..tq pada kawan ku Emi Haniza...
 
Homemade Mushroom Soup Mudah dan Senang.
 
Sumber : Pn.Emi Haniza (teman belajar di JMTi)
 
Bahan-bahan
 
1 labu bawang putih (kalo tak suka banyak bole kurangkan cincang halus)
Cendawan (ape2 sahaja jenis kalo lagi baik campurkan pelbagai cendawan)
Susu segar (takde kat umah ganti dengan susu tepung bancug 4 sudu besar dengan segelas air suam)
1sb tepung gandum
 sebiji Kiub ayam
lada hitam kisar (optional)
Butter/Majerin
 
Cara-cara
  1. Potong cendawan nipis2..saya guna cendawan tiram n butang jadi yang cendawan tiram saya carik kasar dan cendawan butang potong dadu
  2. Tumis bawang putih cincang dan cendawan dengan sedikit butter sehingga layu.
  3. Angkat dan blendkan bawang putih dan cendawan tadi..(saya bahagi dua separuh blend halus separuh saya biarkan supaya bila makan sup nanti terasa cendawan kasar)
  4. Kemudian panaskan lagi butter dan masukkan tepung sikit demi sedikit,kacau dan masak sampai brownish.
  5. Masukkan susu dan kiub ayam.
  6. Kemudian masukkan cendawan yang di blend halus tadi kacau rata...perasakan garam dan taburkan sedikit lada hitam kisar jika suka.Ok siap dihidang bersama pizza atau roti.

sup cendawan

inilah hero yang demam..

hirup sup cendawan



panas tu dik..

 
 

Jumaat, 6 Disember 2013

Bergedil daging

Assalammualaikum..
bergedil nie buat 2minggu sudah sebenarnya..teringin nak makan soto dgn bergedil jadi kita buat ler untuk melepaskan hajat di hati...resepi bergedil nie memang ikut selera sendiri..sebab kalo google byk jer versi2 cara nak buat bergedil nie...tapi nie buat ikut versi bahan ape jer yang ada kat peti ais..hehehe

Bahan-bahan

10 biji ubi kentang
daging cincang (saya guna jenama ramly yg ade 2 keping tu tapi saya guna sekeping jer)
sebiji bawang besar holland dipotong dadu
daun sup diracik halus
sebiji telur ayam  digunakan semasa mengoreng untuk celur bergedil yg siap dibentuk 
lada hitam kisar
garam

Cara -cara membuatnya
  1. kupas kentang potong baji...cuci serta tos kan
  2. goreng kentang kekuningan dan hingga empuk..
  3. kemudian kentang yang digoreng tadi ditumbuk mengunakan lesung sedikit demi sedikit.
  4. masukkan kentang yg di tumbuk tadi kedalam besen 
  5. daging cincang dibasuh dan ditos,perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian masak tanpa minyak dalam kuali..masak bersama bawang yang dipotong dadu sehingga air daging kering dan bawang layu.
  6. kemudian masukkan daging yang telah masak tadi kedalam besen berisi kentang yg ditumbuk tadi serta daun sup yang diracik halus.
  7. gaul sebati semua bahan dalam besen tadi dan kepal kepal doh kentang kecil2
  8. panaskan minyak yang byk dalam kuali.
  9. pukul telur kemudian ambil doh kentang yg dikepal kecil celur masuk kedalam telur kemudian terus masukkan kedalam minyak panas .Goreng sehingga kekuningan..dan toskan minyak


hah saya guna sekeping nie daging cincang..gambar diambil dari blog cahayakeagungan..

bergedil daging yg siap untuk dimakan




Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...