Isnin, 21 Januari 2013

Sambal Tutuk pedas berapi...Asam Rebus ikan kerisi..:)

AsSalam semua...nie menu beberapa hari yg lepas..menu org malas;)


Sambal Tutuk

Bahan2:

ikan bilis (goreng garing)
bawang putih  seulas
cili padi (sebanyak mana suka)
gula
garam
perasa/ajinomoto

cara membuatnya:

  • goreng ikan bilis hingga garing n toskan
  • cili padi n bawang putih goreng sekejap bersama minyak n toskan
  • satukan kesemua bahan didalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat
  • perasakan dan siap dihidang.


Asam rebus ikan kerisi

Bahan2:

2 ekor ikan kerisi
4 btg bendi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi (kalo suka tp yg nie tak masukkan pon)
sedikit kunyit hidup(guna serbuk pon ok)
3 keping asam keping
air
garam

cara membuatnya;

  • tumbuk lumat bawang merah, bawang putih n kunyit hidup
  • masukkan bahan tumbuk dan asam keping kedalam periuk,masukkan air sesuka hati..(yer la ikut byk mana kuah yang nak ler)
  • jerang diatas api dapur sehingga air reneh/mendidih 
  • kemudian masukkan ikan dan bendi,masak sehingga ikan n bendi masak.
  • masukkan garam sesuaikan rasa ..siap dihidang.. 

Sedap dimakan bersama nasi panas2...pasti bertambah...:)



4 ulasan:

  1. Asam rebus letak bendi memang best ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 in 1..tak payah goreng sayur dah :)

      Padam
  2. Maaf saya nak beri komen sikit tentang word verification yg diperlukan sebelum boleh meninggalkan komen di blog ini.

    Mungkin lebih elok ditiadakan kerana ia seperti menghalang para pembaca daripada memberikan komen mereka kerana WV tu agak menyusahkan.

    Ini hanya pandangan saya (dan juga pandangan blogger2 otai yg lain).

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih en yunus dgn pandangan tuan..saya cuba perbaiki...masih merangkak2 mengenal dunia blog..:)

      Padam