Isnin, 3 Oktober 2011

'Blogger Master Chef Yang Pertama!'

Assalammualaikum semua...so sorry lama tak update blog.Mood sgt tak menentu..my beloved Abah dihospital...tapi alhamdulillah Abah dah keluar hospital pun semalam...Semoga abah cepat sembuh sepenuhnya...amin..:)
"Blogger Master Chef Yang Pertama"????..ape nie?!!>_<
Mase email dr nuffnang masuk dalam inbox 19sept hari tu..mmg da terasa nak mencuba nasib..hehehe..bukan sebab nak glamer...tapi teruja tgk hadiah yang ditawarkan...;):)..nak kate saya pandai sgt memasak tidak la jugak..tapi kalo mencuba ape salah yer kan..kan..kan:)..so saya pertaruhkan lauk semalam....Tadaaaa....;)sajer jek nk interframe lauk semlm..;)

 Sawi tumis,ikan selar bakar,air asam tomato,stew daging


So utk menu  semalam saya masak stew utk anak2..resepi nie main reka sendiri..1st time makan stew ayam kat umah bibik timah...oopss..bibik bukan bibik yang maid tu yerr...bibik panggilan utk makcik pada adik abah...saye nie darah keturunan JaWe yer..:)..tapi stew yang bibik buat mungkin berbeza dgn stew saya...sbb saya masak ikut ingatan saya masa Rasa stew bibik..so saya agak2 bahan2nya..bila da siap not bad kate hubby..rase stew nie pon mcm stew bibik wat..anak2 pon suke makan...lagi berselera diorang makan lagi bersemangat saya nak masak!!jom tgk ape saya letak dlm stew saya...

Stew Daging ala MamaAna

500g daging
5biji bawang besar (dipotong baji...tumis sehingga layu,kemudian blend tanpa air sehingga menjadi    pes bawang)
2biji bawang besar (dipotong dadu)
6ulas bawang putih (dicincang)
sedikit halia (dicincang)
kentang (dipotong kiub besar,jgn terlalu kecil)
lobak merah (dipotong ikut suka)
daun ketumbar
Mc Cormick mixed herbs
lada hitam
gula & garam secukup rasa
1sudu tepung gandum

Langkah2 membuat;
  1. Perapkan daging dengan lada hitam dan sedikit halia yang dicincang..perap selama 30min..
  2. Goreng daging perap tadi dgn sedikit minyak ..goreng setengah masak..angkat bersama2 air daging n minyak goreng tadi.ketepikan
  3. Panaskan periuk,letakkan 1sudu minyak masak..tumis bawang putih,bawang yang dipotong dadu,tumis sehingga naik harum.
  4. Kemudian masukkan pes bawang,tumis sekali...sekiranya kering letakkan sedikit air..masukkan Mc Cormick mixed herbs,daging yang digoreng tadi..kecilkan api..masak diatas api yang kecil..
  5. Masukkan kentang,lobak merak,garam n gula secukup rasa..tutupkan periuk..renehkan sehingga kentang,lobak dan daging empuk.
  6. Setelah kesemuanya empuk,bancuh tepung gandum n masukkan kedalam periuk,kacau biar kuah pekat..angkat dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
  7. Sedap dimakan dengan nasi putih n roti...:)selamat mencuba.

nie stew yang masak semalam...lobak takde..:)

ini stew yg saya masak pagi tadi..gigih ooo masak!bwk bekal p office!
makan ngan roti ..mmm..nyummm

haa..da tgk resepi stew ala MamaAna..mesti cuba tauuu..pastuuu..skrg nak bagitau Semua org2 kampung bahawasa yer bermula 22nd October 2011 satu program tv realiti akan keudara di Astro Ria (channel 104).Jom tgk detail program tersebut supaya kamu2 semua takkan terrr miss utk tgk;
 Title Show:MASTERCHEF MALAYSIA
Waktu siaran:setiap hari  sabtu - rabu jam 9.00pm.MasterClassTX : setiap jumaat  9pm


Jadi semua orang kg da tau kan tentang rancangan yang akan menjadi fenomena seperti rancangan realiti yang lain....so jgn miss utk mengikuti setiap episod bagi mengetahui siapa yang bakal dinobatkan sebagai masterchef malaysia yang pertama!
hmmm....kalo rase nak tau lagi pasal program nie semua org kg bole dapati segala info tentang program ini di link dibawah yerrr!!jgn kate tak tau..tak tau lagi ok!segala info berada dihujung jari anda!!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...