Jumaat, 7 Oktober 2011

1st trial - BUN TUNA..

Ini adalah percubaan pertama saya membuat bun tuna...dah lama meyimpan niat nak buat bun...mcm2 bun saye nak cuba tapi satu pon tak tercuba2 lagi buat :)hehehe
...nie time saya terlebey rajin utk mencuba membuat bun tuna (aura rajinn tiba2 menerpa!harusla terus kedapur!ahaks)..lalu saya cuba resepi dari blogger masakkan tersohor en.mat gebu
alhamdulillah..jadik pon ;)..suka sangat2!

inti tuna...versi tak pedas..tukar masukan lada sulah jek..
susun cantek2 atas tray..:)
masuk dalam oven...
perlahan2 bertukar warna..hehehe..
akhirnya....alhamdulillah..jadik pon.tak mengecewakan!;)

Jom tengok resepi..saya copy paste dari blog en.mat gebu

BUN TUNA (sumber :http://www.tiffinbiru.com)

BAHAN DOH :-)
300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

BAHAN SAMBAL TUNA :-)
1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.
  3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.


SAYA DAH CUBA AWAK BILA LAGI?:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...