Isnin, 4 November 2013

Kek paling senang didunia..hahaha

AsSalam semua...;)
Cian blog nie sbb tuan umah yer tenggelam timbul...hehehe...
Hari nie nk share satu resepi kek yg sempoi dan senang giler kot.....kek yg tak byk songeh dan sangat pantas penyediaannya...resepi diambil dari blogger femes n otai en mat gebu http://www.tiffinbiru.com
Ok jom kite tengok bahan-bahannya..


Sumber:blog tiffinbiru

BLENDED ORANGE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji orange
1 cawan gula perang
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair}saya gantikan
1/2 cawan minyak jagung}secawan minyak masak sunflower
Secubit garam}nie saya lupe letak;)

CARA MEMBUATNYA :-)
Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan silicone. Ketepikan.
Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...




adunan setelah dicampurkan dengan tepung


siap dibakar tak tau mana silap yer rupa paras kek yg keluar merekah seperti gempa bumi..hehehe...maybe suhu oven saya terlampau panas dan masa terlalu lama..pasni kene adjust masa plak


hasilnya..sebekas setengah...nie buat masa meeting di pejabat isnin lepas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan