Isnin, 15 Ogos 2011

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES




    

jumpe resepi nie dalam rinnchan.fotopages.com/.tapi kak rinn nie tulis dalam fotopages dia yang dia temui resepi nie dalam http://maklangazie.blogspot.com/..so pemilik asal resepi nie adalah maklangazie...:)
tgk akak rinn nie wat dalam cup kecik2 molek..teringin nak makan..tapi saye nie malas masuk terus dalam bekas besar..hehehe..huduh betul rupe kek yang saya wat..tapi rase dia..sgtlaaaa sedapp!!(hehehe puji diri sendirik...:P)
minta halal yer tuan punye resepi..:)
       nie nak  abiskan bahan2 kek dirumah..kek yang sgt mudah n senang lagi sedap..
dah 2kali bawak pi opiss..nasib abiss..kalo tak membazir jer..
saye copy paste jer resepi kek sedap nie dari fotopages akak rinn..

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Sumber : Lizcookies @ maklang's

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus
Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas (*Air dari dalam thermos, ok
)
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.

Oleh kerana Rinn tidak bercadang untuk menghias kek ini dengan icing atau buttercream, maka semasa hendak membakarnya Rinn telah mengisi lebih sedikit dari 3 /4 penuh paper soufller tu. Biar nampak penuh nanti. Sekadar menabur sedikit choc chips dan almond nibs. Kepada sesiapa yang bercadang nak menghiasnya, isikan adunan separuh penuh ya supaya masih ada ruang di bahagian atas untuk melepa icing atau buttercream
Kek coklat ini lembut dan sedap. Sesuai dimakan begitu saja atau dihias menjadi kek kenit yang cantik dan menawan. Tak rugi mencubanya....






1 ulasan:

Assalammualaikum.... Sudah terlalu lama blog ini terbiar... Alhamdulillah untuk tahun-tahun yang berlalu.. Banyak suka duka yang aku lal...