Selasa, 1 November 2011

Cencaru sumbat Kelapa

menu lunch jumaat lepas..bgn pagi awal..so terlebey rajin lagi..:)
gigih masak pagi2 utk bawak bekal..hajat nak makan pagi..tapi extand ke tengahari sebab pagi da melantak kue tiaw goreng..:)...(jgn tak tau kue tiaw pon home made tau!!rajin tak?!!)

panaskan balik dlm microwave kat pantry ofis..

Cencaru Sumbat Kelapa

ikan cencaru (dibersihkan dan belah bahagian belakang)

kelapa parut

cili api

bawang merah

bawang putih

udang kering

kunyit hidup

daun kunyit (racik halus)

garam,gula secukupnya..

cara-cara penyediaan

-tumbuk lumat bwg merah,bwg putih,cili api,kunyit hidup dan  udang kering.
-bahan2 yang ditumbuk gaulkan bersama kelapa parut,masukkan garam dan gula secukup rasa
-ikan yang dah dibersihkan...lumurkan dengan sedikit garam..sumbat sambal kelapa kedalam belahan ikan yang dibuat tadi..gulung dengan daun pandan dan ikat.
-goreng ikan..atau bole cuba juga untuk dibakar..
-siap dimakan bersama nasi panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan